Saya sebenarnya malas melayan kebodohan dan keangkuhan yang jelas tepapar didalam polemik kosong terhadap Selangor dan Selangor Task Force on COVID-19 (STFC) [1]
Kita dididik untuk berhujjah dengan fakta bukan hentam semborono. Amat besar kecaman Allah terhadap mereka yang berbincang mengenai sesuatu (dalam konteks tulisan saudara ini mengenai COVID dinegara kita khusus diSelangor) tanpa berasaskan bukti dan ilmu yang nyata.
Allah berfirman didalam Surah Isra’ ayat 36:
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
Mungkin saya boleh ambil beberapa contoh untuk menunjukkan kedangkalan tulisan saudara kita ini.
Dia mendakwa: “Apabila KKM perkenalkan MySejahtera, mereka pula perkenalkan Selangkah. Timbul masalah pula mengenai data2 dgn KKM. Bergaduh pula dgn KKM.”
SELangkah merupakakan aplikasi QR-based Visitor Log yang pertama diguna dinegara ini untuk kesan kontak (contact tracing). Ia diguna semenjak 5 May 2020.
MySejahtera QR Tool (dikenali sebagai MySejahtera Check In) hanya bermula pada 2 Jun 2020.
Kalau fakta asas sepeti ini anda tak halusi macama mana nak berbincang dengan waras dan ilmiah? [2]
Lepas itu dia menulis: “Kemudian mereka umumkan bahawa mereka lebih baik mengawal covid. Poyo tahap gaban.”
Jika saudara teliti data COVID daripada Jan 2020 sehingga berlakunya gelombang ketiga pada Okt 2020, anda akan dapati bahwa Selangor dan STFC telah mengawal COVID dengan amat baik. Sebab saudara tidak menunjukkan data untuk menyokong kesimpulan saudara yang simplistik itu, maka saya akan tunjukkan pada anda statistiknya.
Garis merah adalah kes2 COVID. Bilangan kes COVID amat sedikit diSelangor daripada Jan hingga Sep 2020 menunjukkan kawalan COVID yang amat baik. Tetapi ianya naik mendadak selepas Okt 2020.
Ini berlaku disebabkan beberapa dosa besar kerajaan pusat (PN), Majlis Keselamatn Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Mendesak dan membenarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Ini telah mengakibatkan suatu peristiwa Super-Spreader (SS). SS ini suatu fenomena jangkitan COVID yang menular dengan laju dan ganas mengakibatkan gelombang yang paling teruk diSabah dan yang melimpah keSemenanjung. Perdana Menteri sendiri mengakui PRN Sabah merupakan punca gelombang COVID ketiga. [3,4]
- Tidak kuarantin ahli politik dan pengundi yang pulang dari Sabah. Ini menatijahkan peribadi Super-Spreader. Ada seorang ahli politik telah menjangkiti 18 orang dan seorang darinya telah meninggal dunia. [5,6]
Suatu lagi dosa yang teramat besar yang dilakukan oleh PN, MKN dan KKM yang sehingga ini tidak dapat melandaikan keluk pandemik dan menyebabkan kes dan kematian yang meroket tinggi dan perkhidmatan kesihatan musnah ialah menghentikan perkongsian data COVID dengan semua negeri pada Sep 2020. [1]
Yang amat terkesan ialah negeri Selangor kerana SELangkah, tanpa data nasional tidak boleh melakukan kesan kotak dengan cepat dan sempurna. SELangkah, sebelum ini, dengan kesan kontak yang berasaskan Aritficial Intelligence (AI) dan Machine Learning telah berjaya melakukan Find-Test-Trace-Isolate-Support (FTTIS) yang laju, berkesan, semua kontak rapat dijejak dan ini mempastikan kes2 COVID terkawal. [7]
Semenjak Sep 2020, MySejahtera merupakan ekosistem kesan kontak diSelangor. Lonjakan kes2 COVID yang tinggi mendadak diSelangor selepas MySejahtera mengambil alih, menunjukkan bahawa KKM gagal melakukan kesan kontak yang cepat dan berkesan. Malahan KKM melakukan kesan kontak dengan kaedah manual kerana sistemnya tidak canggih dan pintar seperti SELangkah. Menteri Kesihatan sendiri mengakui kelemahan ekosistem kesan kontak MySejahtera. Cubalah saudara bayangkan seorang Inspektor Kesihatan yang terpaksa menalipon 400-600 orang untuk urusan kontak rapat. Jika strategi kontak ini gagal, maka kes2 COVID akan merebak didalam komuniti menyebabkan penularan sporadik yang liar dan kes COVID tidak terkawal. Jadi saudara penulis, siapa yang “poyo tahap gaban” [6]
Saya rasa cukuplah sekadar ini untuk menunjukkan bahawa saudara penulis kita ini hanya layak borak kosong dikedai kopi.
Namun bagi saudara pembaca yang lain yang inginkan penulisan mengenai PKP, FTTIS, Ujian COVID, Vaksin COVID dll yang berasakan ilmu, fakta dan kajian yang teliti boleh membaca penulisan yang saya lampirkan dibahagian rujukan. [8,9,10,11,12]
- https://www.facebook.com/100006619860393/posts/2994878534076113
- https://codeblue.galencentre.org/2021/02/19/selangkah-steps-forward-in-a-quantum-leap-dr-musa-mohd-nordin/
- https://www.malaysiakini.com/news/576598 Sabah election seeded third COVID wave, study confirms
- https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysias-pm-muhyiddin-admits-sabah-state-polls-in-sept-caused-current-covid-19-wave
- https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/619931/tidak-perlu-kuarantin-ismail-sabri
- https://drmusanordin.com/2020/11/02/the-science-and-politics-of-the-covid-19-pandemic-the-malaysian-experience/
- https://codeblue.galencentre.org/2020/11/18/mysejahtera-directly-tracked-just-4-of-covid-19-cases/
- https://codeblue.galencentre.org/2021/01/14/fttisi-the-bedrock-of-covid-19-infection-control-dr-musa-mohd-nordin-prof-mohammad-farhan-rusli/
- https://www.malaysiakini.com/letters/580966 How does increased testing reduce COVID-19 cases
- https://www.malaysiakini.com/columns/546082Make use of all tools available – not just lockdowns
- https://drmusanordin.com/2021/05/14/a-plan-to-exit-the-covid-19-pandemic/
- https://drmusanordin.com/2021/05/12/towards-a-warp-speed-vaccine-rollout-dr-musa-mohd-nordin-mohammad-farhan-rusli-dr-zulkifli-ismail/
Dr Musa Mohd Nordin
14 July 2021