SOALAN : Dato boleh kongsikan dengan kami mengenai jenis-jenis Vaksin & apa kepentingan Vaksin ini untuk kita semua.
Terdapat 5 jenis vaksin yang telah diluluskan oleh NPRA (Agensi Regulatori Faramseutikal Kebangsaan)
Vaksin Pfiser– yang mengguna teknoloji mRNA
AZ, J&J dan CanSino – ketiga teknoloji adenovirus
Sinovac – virus yang dinyahkan
Kesemua nya menyampaikan sebahagian drp virus – ia itu spike protin kepada badan kita.
Sistem imun kita kan mengeluarkan askar2 yg dinamakan antibodi untuk lekap kpd spike protin dan tidak membenarkan ia masuk kedlm sel kita dan memusnhakan virus itu. Antibodi ini juga ada sel memori.
Apabila kita dijangkiti dimasa depan, ia akan ingat virus corona dan mengeluarkan antibody untuk melawan dan membunuhnya.
Kesemua vaksin 100% berkesan melindungi kita drp masuk kehospital dan mati disebabkan COVID-19.
Vaksin Pfizer-BioNTech adalah teknoloji warga Turki diGerman dan ia telah berkongsi dengan syarikat gergasi Pfizer. Orang Islam Turki memang bijak. Pada kurun ke-18, tabib diTurki telah membuat vaksin cacar (smallpox). Ide ini telah dibawa pulang keUnited Kingdom oleh isteri duta British ke-Turki dan telah mengilhamkan Jenner untuk mereka vaksin cara pada tahun 1796. Ia mengguna teknoloji terkini mRNA. Ianya (dan satu lagi vaksin mRNA, Moderna) telah melalui kajian klinikal dan real world experience yanng paling banyak didunia. Seperti dua vaksin yang lain, ianya.
Hanya terdapat satu kesan samping yang besar iaitu anaphylaxis yang boleh berlaku 4 bagi satu juta dos. Itu sebab setiap orang yang disuntik vaksin mRNA mesti dipantau ½ jam selepas suntikan
Vaksin AstraZeneca mengguna teknologi adenovirus dari UK & Sweden. Seperti vaksin Pfizer dan Sinovac, ia berkesan 100% melindungi dari masuk kehospital dan mati. Hanya terdapat satu kesan sampingan yang besar iaitu darah beku yang berlaku 5 dalam 1 juta dos vaksin ini.
Vaksin Sinovac mengguna teknologi yang konvensional (inactivated virus) dari China. Kuman dinyahkan tetapi ia masih boleh rangsang pengeluaran antibodi. Ia juga berkesan melindungi dari COVID-19 yang teruk yang boleh menyebabkan masuk hospital ataupun mati. Ia tiada kesan sampingan yang besar
SOALAN : Ramai yang sudah mula ada kesedaran untuk mengambil Vaksin tetapi ada juga sesetengah daripada nya yang masih tidak mahu mengamil Vaksin. Apa yang boleh Dato nasihatkan & beritahu kepada mereka yang masih takut untuk mengambil vaksin.
Syabas kepada mereka yg telam mengabmil vaksin. Bagi mereka yang masih was2 ketahui lah bahwa kesuma vaksin ini telah diuji dgn rapi dikalangan lebih kurang 250 ribu sukarelawan. 1 dalm 4 warga dunia telah pun mengambil vaksin. 3.2 billion dos telah pun disuntik. Kemusa vaksin ini berkesan dan selamat. Anda bukan lagi guinea pig ataupub tikus esperimen. Hanya dgn vaksinasi kita boleh kelaur dari pandemic degan seceat mungkin dan dgn selamat.
SOALAN : Setengah orang ada yang masih kurang berpengetahuan tentang pengambilan Vaksin. Macam saya boleh tanya.. Kalau untuk wanita yang baru sahaja dapat anak & sekarang sedang menyusukan anak, boleh ke ambil vaksin & apa vaksin sesuai untuk diambil?
Jika anda sedan menyuskukan anak ana, anda boleh ambil kelima vaksin covid dimalayisa. Semuanya selmaat dan berkesaN
SOALAN : Ada juga yang takut nak ambil sesetengah Vaksin sebab ada negara yang tidak menerima vaksin tersebut. Jadi ada yang takut kalau nanti nak ke luar negara tidak boleh pergi ke negara tersebut. Betul ke mengenai perkara ini?
Setakat ini Arab Saudi dan negara2 Eropah tidak menerima mereka yg disuntik dgn vaksin sinovac dan sinophrma. Manakala negara Cina hanya menerima mereka yang disuntk dgn vaksin buatan Cina. Ini merupakan suatu pergelutan politik dunia yang tidak sihat. Saya harap Badan Kesihatan Dunia akan meleraikan masalh ini dan negara2 menerima semua vaksin yg di iktiraf oleh WHO boleh dianggap sebagai passpot imuniti dan terlindung drp covid.
SOALAN : Macamana pula untuk perempuan yang ingin cuba untuk mendapatkan anak? Adakah sesuai untuk mereka mengambil vaksin? Dan untuk pesakit Covid 19 yang positif tetapi sudah sembuh, berapa lama tempoh masa untuk mereka boleh mengambil vaksin?
Tiada kaitan diantara vaksin dgn kemandulan
Semasa ujian klinikal, terdapat wanita yg tiba2 mendapat tahu bahwa mereka telah hamil. Ini menunjukkan bahwa vaksin tidak menyebabkan kemandulan.
Ini merupakan berita palsu yg telag berlegar dimedia social semenjak mulanya program vaksin pada bulan disember 2020.
Terdapat beberapa lapuran bahwa vaksin boleh menyebBABkan darah haid anda berkurangan ataupun lebih drp biasa ataupun lebih lama.
Ini hanya utk waktu sementara dan pulang seperti sediakala selepas beberapa minggu.
Jgn khuatir. Ini mungkin disebabkan oleh faktor2 lain drp pengambilan vaksin.
Jika anda telah kena covid, JKJAV memberikan anda tempoh masa 3 bulan sebelum diberikan vaksin covid. Kajian menujukkan bahwa anda boleh mengambil vaksin covid setelah anda sembuh drp covid ia itu lebih kurang 14 hari selepas habis masa isolasi.
SOALAN : Bagaimana caranya untuk kita galakkan semua orang Malaysia untuk mengambil Vaksin. Mungkin Dr boleh nasihatkan kepada semua yang masih belum ada kesedaran untuk mengambil vaksin.
Kini dunia telah mencatat 185 juta kes COVID-19. Dan 4 juta nyawa telah tergadai akibat coronavirus ini (6 Julai 2021)
Malaysia telah merekod 793 ribu kes dan 5,677 jiwa telah terkorban (6 Julai 2021). 72 ribu pesakit masih lagi dirawat dihospital. Dan 943 pesakit bersabung nyawa didalam Unit Rawatan Intensif.
Ini adalah suatu hakikat dan kenyataan yang merupakan musibah global.
Risiko untuk anda dijangkiti kuman COVID-19 adalah 2.5%
25 dalam seribu orang adalah suatu kadar yang amat tinggi.
Tambah pula mutasi delta yg kini menular diseluruh dunia mat mudah merebak dan menjangkiti.
Anda boleh melindungi diri anda dgn mengambil vaksin covid.
Ia juga mengurangkan risiko anda untuk menularkan virus ini kepada keluarga dan suadara mara anda.
Ia juga merupakana kaedah yang besar utnuk kita keluar drp pandemin ini dgn pantas dan selamat.
Lindinguni diri Lindungin semua.