1. Apa pandangan Dr mengenai kajian yang sedang dilakukan KKM untuk singkatkan tempoh pemberian vaksin AZ daripada 12 minggu kepada 6 minggu?

https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/sebab-mengapa-bilangan-kes-denggi-merosot-di-beberapa-bahagian/4624678.html

UK mempunyai pengalaman yang paling besar dengan vaksin AZ.

UK kini dilanda dengan variant India yg merupakn 90% kes COVID disana.

Disebabkan penularan variant India (Delta) yang amat pantas maka kerajaan UK telah memindikan dos ke2 AZ drp 12 kpd 8 minggu.

Kajian diUK menunjukkan bahwa keberkesanan dos pertama terhadap variant Delta yang bergejala (ada symptom) meningkat drp 33% dgn 1 dos kepada 67% dgn 2 dos

2 dos vaksin AZ melindungi drp masuk hospital setinggi 92%

Setakat ini kita tidak tahu sejauh mana penularan variant Delta dinegara kita. Kita tahu ia meningkat. Dan untuk mengatasi kemungkinan ini, amat wajar utk menyingkatkan dos ke2 vaksin AZ drp 12 kpd 6-8 minggu.

 

2. Secara amnya, berapa lamakah tempoh yang sesuai atau sepatutnya di antara suntikan Dos 1 & Dos 2 (mengikut kepada jenis vaksin)?

Secara am nya tempoh antara dos pertama dan dos ke2 adalah seperti berikut:

Sinovac – 2 minggu

Pfizer – 3 minggu

AZ – 12 minggu

Vaksin CanSino dan J&J hanya satu dos sahaja. Kajian sedan dilakukan untuk dos ke2 bagi kedua vaksin CanSino dan J&J.

Suatu lagi vaksin yg amat berkesan yg di iktiraf Badan Kesihatan Dunia  tetapi belum di iktiraf NPRA ialah Moderna. Jarak dos ialah 4 minggu.

 

3. Adakah strategi ‘first dose’ sepatutnya diutamakan terlebih dahulu seperti mana yang dilakukan beberapa negara lain?

UK merupakan negara yg mula2 menganjurkan strategi first dose. Ia amat berjaya pada mulanya.

Ia bertujuan utk memberi dos pertama vaksin kepada seramai penduduk dgn tujuan untuk melindungi seramai yg mungkin dalam kadar waktu yg paling cepat. Dan mencapai imuniti kelompok sepantas mungkin.

Tetapi disebabkan penularan virus alpha dari UK, beta dari Afrika Selatan dan Delta dari India yang agak kebal melawan, kita terpaksa memberi dos 2 lebih awal utk mencapai keberkesanan yg lebih tiggi utk melindungi drp virus covid.

 

4. Bagaimana pandangan Dr mengenai varian baharu ketika ini dan kesesuaian vaksin sedia ada untuk menanganinya?

Kini terdapat 700,000 kes covid diMsia

Kita telah hanya melakukan 1,500 ujian utk mengenal pasti variant yg terdapat diMalaysia (0.2%)

Kita mesti meningkatkan kapasiti untuk mengenal pasti variant yang kini menular dinegara kita

Pada mulanya Malaysia mengesan variant2,  variant Afrika Selatan (B1351) merupakan majority diikuti variant India (B1617.2)

Kebelakangan ini variant India makin bertambah dan mengatasi bilangan variant AS

Setakat ini semua vaksin berkesan melindungi daripada covid yang teruk yg boleh meyebabkan kita masuk hospital, ICU ataupun meninggal dunia.

Dua lagi strategi yg ingin saya cadangkan kepada KKM dan JKJAV ialah

  1. Mereka yg telah ambil dos pertama AZ, diberikan dos ke2 dgn Pfizer. Kajian di Sepanyol, Germany menunjukkan ia meningkatkan antibody 4X ganda berbanding 2 dos AZ. Ini akan memberikan perlindugan yg lebih tinggi.
  2. Bagi mereka yg telah kena covid, mereka hanya perlukan 1 dos vaksin Pfizer bukan 2. Ini akan meningkatan tahap antibody 50X ganda. Ia akan selamatkan 700 ribu dos Pfizer yg boleh diberikan kpd org yg tidak pernah kena covid. Ini penting dan kritikal didalam keadaan bekalan vaksin yang kekurangan dan lambat.

 

Dr Musa Mohd Nordin

24 Jun 2021

 

*This info was broadcasted on Kool FM: https://radioonline.my/kool/

Related Posts