Mesej Whats app berikut kini menular liar dialam maya.
JANGAN TERTIPU DENGAN ANGKA 5%
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Vaksin pfizer jenis mRNA dikatakan dengan keberkesanan 95% untuk diinjek kepada manusia ramai demi mengekang covid19…
HAKIKATNYA SUDAH MULA MANUSIA SEDUNIA MENGALAMI KECACATAN KEKAL DAN KEMATIAN BERAMAI-RAMAI…
Oooh ya kalau 95% BERKESAN, maknanya 5% adalah RISIKO tidak berkesan malah akan memberikan KESAN BURUK iaitu AEFI (adverse eftects following immunization)…mari sama-sama kita MENGHITUNG menggunakan ILMU MATEMATIK paling MUDAH dan tuan/puan akan TERKESIMA dengan betapa “BAGUSNYA” vaksin pfizer ini…
Kita cuba kira untuk populasi Malaysia dulu…cukupla…tak payah terlalu teruja untuk nak selamatkan DUNIA…selamatkan rakyat Malaysia dulu … bla bla bla …
Dr. Mohd Rosni Sulaiman
Exec Dip (USM), BSc (UKM), MSc. (UMS), PhD (UPM)
**sengaja letak ijazah berjela, supaya nanti takda yang pertikai “bukan ahli”…kalau masih anggap “bukan ahli” sekalipun, anggapkan lah penulis sebagai ahli fikir😄
Perunding Perubatan Naturopati
D’Sakinah Holistic Therapy Center
Alamesra Kota Kinabalu Sabah
www.dsakinah.com
Hp: 019-8620380
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Saya baru terima mesej ini dari kawan saya di London, hari ini, 25 April 2021. Saya sebenarnya malas nak layan kebodohan yang terserlah ini. Tetapi sebab dia mengaku seorang Dr (PhD) saya rajinkan diri juga untuk menjawab mesej nya, kerana khuatir, pak cik dan mak cik dikampung tertipu dengan pembohongan yang ditular ini, kerana kononnya, ianya dinukil oleh seorang Dr (PhD).
Sepatutnya alumni dari USM/UKM/UMS/UPM menangkis mesej ini ASAP (secepat mungkin) kerana kebodohan graduan ini, didalam kesombongan nya akan mencalar imej dan prestij 4 universiti yang tersohor diMalaysia.
Tapi takpe lah, sebagai permulaan, alumni perubatan dari United Kingdom akan mematikan hujjah nya yang paling asas dan awal seperti tercatit diatas. [1,2]
Jelas, sipenulis ini bukan dari kepakaran perubatan. Itu sebabnya pemahamam konsep Vaccine Efficay (VE) atau Keberkesanan Vaksin teramat cetek.
Vaksin Pfizer berkesan 95%. Maknanya anda, yang telah disuntik vaksin Pfizer, alhamdulillah dilindungi daripada penyakit COVID-19 sehingga 95%. [3]
5% masih boleh dijangkiti COVID. BUKAN 5% akan kena “kesan buruk iaitu AEFI (kesan sampingan vaksin)” seperti yang didakwa oleh si-penulis. Ini merupakan suatu PEMBOHONGAN dan MEMALSUKAN fakta saintifik.
Ini bermakna, kesemua perhitungan matematik darjah rendah sipenulis ini, adalah bersandarkan suatu FITNAH yang besar.
Firman Allah (SWT) didalam Surah An-Nur Ayat 5:
(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar
Vaksin iptaan manusia tidak sempurna jika dibanding dengan ciptaan Allah. Namun demikian, 5% ini hanya kena COVID yang TIDAK TERUK, iaitu Tahap 1 dan 2 dan SEMUANYA AKAN SEMBUH.
Mereka terpelihara daripada kena Tahap COVID 3,4 dan 5 yang perlu masuk hospital, perlu oxsigen, perlu bantuan pernafsan diUnit Rawatan Intesif atau mati.
Mari kita lakukan perhitungan matematik yang berasakan fakta saintifik, bukan fakta palsu seperti yang dilakukan si-penulis.
RAKYAT MALAYSIA DIBERI VAKSIN:
Jika anda diberi vaksin Pfizer, anda mendapat 95% perlindungan. Anda TIDAK KENA COVID.
5% ambil vaksin kena COVID yang sedikit dan semua akan SEMBUH.
Ini bukan lagi satu andaian, tetapi suau kenyataan yang telah terbukti berlaku disatu negara diTimur Tengan yang telah memberi 70% rakyatnya vaksin Pfizer. [4]
Kes COVID telah menjunam sebanyak 95-97%.
RAKYAT MALAYSIA TDIAK DIBERI VAKSIN:
Tanpa vaksin, COVID akan menular dengan liar dengan tsunami yang boleh menjangkiti 50% daripada rakyat Malaysia. [4]
Populasi Malaysia = 32 juta
Nombor yang bakal dijangkiti COVID = 50% = 16 juta
Nombor yang kena COVID tak teruk = 80% = 12.8 juta
Nombor yang kena COVID teruk dan masuk hospital = 15% = 2.4 juta
Nombor yang kritikal dan masuk ICU = 4.63% = 740,800
Nombor yang mati = 0.37% = 59,200
Saya harap dengan penjelasan ini, anda tidak terpengaruh dengan dakyah si-penulis yang merupakan pembohongan dan fakta palsu.
Peribahasa Bahasa Inggeris “A little knowledge is a dangerous thing” – “Ilmu yang cetek adalah sesuatu yang amat merbahaya” terbukti benar. Ia merupakan sesuatu perubatan yang amat dikecam oleh Allah (SWT).
Kita harus lah mengingati firman Allah (SWT) dalam Surah al-Anbiya’ ayat 7:
Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.
Rujukan:
- https://kpjhealth.com.my/damansara/find-doctor?specialty=&q=dr+musa
- https://youtu.be/SH_KnyT5laE
- https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMoa2034577
- https://www.outbreak.my/world
Dr Musa Mohd Nordin
25 April 2021