Pada 25 January 2021, 4 persatuan telah mengajukan kepada KKM 19 soalan mengenai keselamatan vaksin mRNA dan alternatif kepada vaksin untuk melawan penyakit COVID-19.[1]
Saya telah menjawab kesemua 19 soalan itu dengan dilampirkan rujukan saintifik. Tetapi jawapan yang diberikan NGO yang berempat itu, hanya merupakan pendapat peribadi yang tidak berasaskan kajian saintifik maupun rujukan kepada jurnal perubatan yang tersohor.
Pada soalan ke-18, mereka telah menyatakan:
“Ivermectin, adalah ubat ajaib, ia boleh bunuh parasit dan virus. Ia telah terbukti selamat. KKM pada 22hb Januari 2021, telah merakam bahawa Ivermectin “murah, mudah didapati dan selamat”. Dan KKM akan menjalankan ujian klinikal untuk menentukan keberkesanan Ivermectin merawat COVID-19.”
Tetapi kumpulan 4 NGO itu inginkan KKM dan Agensi Regulatori Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA):
“Cepat2 meluluskan Ivermectin untuk kegunaan awam, dan boleh dibeli difarmasi, sementara menunggu keputusan daripada kajian klinikal.”
Cuba bayangkan betapa merbahayanya pemikiran dan cara kerja 4 NGO ini.
Pertama, mereka mahu hentikan pengunaan vaksin mRNA sementara mendapat lebih matlumat mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin mRNA.
Walhal vaskin mRNA Pfizer dan Moderna telah melalui kajian fasa 3 yang paling ketat, iaitu Double Blind, Randomnised Control Trial (RCT). Ia itu kemuncak bagi sesuatu ujian klinikal, dimana doktor yang merawat dan sukarelwan tidak tahu ia mengambil vaskin mRNA atau pun plasebo.
Bukan hanya itu, dalam kajian vaksin mRNA terdapat 73,000 sukarelawan, kajian vaksin yang paling terbesar sehingga ini. Keberkesanan dan keselamatan nya telah terbukti. Kini dikajian fasa keempat (farmakovigilans) ia disokong dengan data “real world experience” yang mendapati vaksin mRNA berkesan 95-97%, selamat dan mencegah transmisi virus sebanyak 94%. Hampir satu bilion dos telah digunapakai dan pengunaan vaskin mRNA telah melandai lengkung pandemik dibeberapa negara yang telah mendekati imunti kelompok (contoh UK, USA, Israel) dan menyelamat beribu2 nyawa.
Nampaknya 4 NGO ini pun mengamal budaya 2 derjat. Jangan lah jadi macam ahli polititik yang suruh kita ikut SOP tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan nya.
Mereka ingin pengunaan vaksin mRNA dihentikan sementara menunggu data klinikal jangka masa panjang. Tetapi untuk Ivermectin, mereka ingin dibenarkan penjualannya difarmasi dan digunapakai secara meluas, sementara ujian KKM sedang berjalan dan belum menentukan keberkesananya maupun keselamatannya.
Keempat NGO harus cerminkan diri mereka dan konsisten didalam amalannya dan berpegang teguh kepada piawaian ataupun benchmark yang universal.
Tetapi saya syak ini boleh berlaku sebab ia merupakan budaya mereka yang mengamal perubatan alternatif ataupun integratif yang kurang berlandaskan kepada RCT dan analisa meta yang hakiki.
Sekian lama mereka telah mengguna ramuan seperti herba, supplemens, rempah, galian, suntikan vitamin yang megados, tonik otak dan lain2 yang tidak melalui RCT maupun analisa meta yang rapi. Mereka ingat Ivermectin ini juga boleh diseludup masuk kedalam formulary Buku Biru (mega dos vitamin, tonik otak dll tidak termasuk dalam buku ini) tanpa kajian yang rapi dan menyeluruh berasaskan disiplin Evidence Based Medicine (Perubatan Berasaskan Bukti).
Bukanya kita menolak ubat ajaib ini, tetapi ia telah pun dikemukakan kepada saintis dan agensi perubatan sedunia. Umpamanya, the National Institute of Health (NIH, USA) telah pun membuat rumusan berikut: [2]
“Setakat ini data tidak memuaskan untuk mensyorkan pengunaan Ivermectin dialam merawat COVID-19. Kita memerlukan kajian yang lebih baik (adequately powered), lebih teratur (well designed) dan lebih baik diawasi (well conducted) untuk merekabentuk panduan rawatan yang bersandarkan fakta dan kebenaran.”
Metodologi ujian klinikal Ivermectin didalam rawatan COVID-19 yang terdapat kini adalah lemah, terhad dan faktanya tidak meyakinkan. Analisa meta yang digunapakai tidak berasaskan revieu sistemik yang rapi. Tetapi ia telah ditular dimedia sosial dengan nuansa yang tidak tepat malahan suatu pembohongan fakta.
Contohnya ialah 5microM Ivermectin diperlukan untuk membunuh SARS-CoV-2 didalam exsperimen in-vitro (dimakmal). Tahapa ini adalah 18 kali ganda konsentrasi 0.28 microM yang boleh dicapai didalam ujian invivo (didalam tubuh manusia). Dan ini mengguna dos Ivermectin setinggi 1700 microgm/kg, ia itu 9 kali ganda dos yang dibenarkan oleh FDA. Sudah pasti ini akan menimbulkan isu keselamatan kepada tubuh manusia.
Suatu masa dahulu, kumpulan yang sama telah memperjuangkan hydroxy-chloroquine. Tetapi Kajian Solidariti WHO telah merumuskan bahawa hydroxy-chloroquine tidak mendatangkan apa2 kebaikan kepada pesakit COVID-19. Ia tidak menurukan kes kematian, keperluan kepada bantuan pernafasan maupun menurunkan jangka masa tinggal dihospital.
RCT pertama yang bertauliah telah menunjukkan bahawa: [3]
Masa gejala COVID-19 tidah berbeda dikalangan mereka yang menerima rawatan 5 hari Ivermectin ataupun plasebo. Penggunaan Ivermectin tidak berkesan untuk penyakit COVID-19 yang tidak teruk
Kita masih lagi menunggu keputusan daripada beberapa kajian Ivermectin, termasuk kajian TOGETHER yang melibatkan 4,000 sukarelawan daripada 3 buah negara, termasuk hospital diMalaysia.
Sementara itu, KKM dan juga Food and Drug Administration (FDA) tidak membenarkan Ivermectin digunakkan untuk mencegah atau merawat pesakit COVID-19. [4,5]
Ivermectin bukan ubat anti-viral. FDA memberi amaran:
- Jangan guna Ivermectin yang dikhususkan untuk membunuh parasit didalam binatang keatas diri anda.
- Dos Ivermectin untuk binatang adalah berbeda darpada dos untuk manusia.
- Mengambil dos tinggi Ivermectin adalah merbahaya dan boleh mengakibatkan kesan sampingan yang tinggi
Rujukan:
- https://drmusanordin.com/2021/01/27/addressing-safety-concerns-about-mrna-vaccines/
- https://www.covid19treatmentguidelines.nih.gov/statement-on-ivermectin/
- https://jamanetwork.com/journals/jama/fullarticle/2777389
- https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/05/16/health-dg-ivermectin-will-not-be-used-to-treat-covid-19-no-evidence-of-efficacy
- https://www.fda.gov/consumers/consumer-updates/why-you-should-not-use-ivermectin-treat-or-prevent-covid-19
Dr Musa Mohd Nordin
5 Jun 2021