1. Adakah kemungkinan wabak COVID-19 ini tidak real. Virus COVID-19 ini ciptaan manusia dan kita semua ditipu dan dipermainkan?
Kita wajib menyandarkan pendirian kita dengan fakta yang kukuh. Ini seperti firman Allah (SWT) didalam Surah Yusuf:108:
Katakanlah (wahai Muhammad): “inilah jalanku; aku dan dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata
Kini dunia telah mendaftar 172 juta kes COVID-19. Dan 3.6 juta nyawa telah tergadai akibat coronavirus ini (2 Jun 2021)
Malaysia telah merekod 587,165 kes dan 2,993 jiwa telah terkorban (2 Jun 2021). 80 ribu pesakit masih lagi dirawat dihospital. Dan 878 pesakit bersabung nyawa didalam Unit Rawatan Intensif.
Ini bukan suatu sandiwara maupun suatu permainan plandemic. Ia adalah suatu hakikat dan kenyataan yang merupakan musibah global.
Badan Kesihatan Dunia (WHO) telah memeriksa makmal diWuhan dan mendapati bahawa ini bukan virus ciptaan manusia tetapi merupakan jangkitan daripada binatang kepada manusia
2. Betulkah jangkitan COVID-19 ini serius? Ada orang cakap, ramai orang kena COVID-19 tapi majoritinya tidak mati atau pun tidak sakit pun. Dan yg paling anihnya, ramai orang kena jangkitan COVID-19 dan dimasukkan ke hospital, tak diberi ubat pun, jadi kenapa kita perlu risau sangat. Relaks lah.
Risiko untuk anda diMalaysia dijangkiti kuman COVID-19 adalah 1.6%. 16 dalam seribu orang adalah suatu kadar yang amat tinggi. Malayisa dianggap sebagai sebauh negara yang tinggi kadar infeksi COVID-19.
Betul anggapan anda bahawa 80% kes COVID-19 adalah kategori 1&2. Ianya tidak menunjukkan apa2 gejala atau sakit sedikit sahaja dan boleh dirawat dirumah.
15% tergolong didalam kategori 3-5 dan mesti dimasukkan ke-hospital. Pengawasan yang rapi amat perlu untuk mengenal pasti tanda2 awal ribut cytokine yang menyebabkan si-pesakit susah bernafas dan perlukan oxsigen atau alat bantuan pernafasan. Semua organ dibadan boleh dijangkiti, termasuk otak, usus, buah pinggang dan boleh menyebabkan darah beku.
5% pesakit memerlukan rawatan didalam Unit Rawatan Intensif. Hari ini sahaja (2 Jun 2021) terdapat 878 kes didalam Unit Rawatan Intensif dan 441 memerlukan bantaun alat pernafasan. Malaysia merekod kes kematian yang paling tinggi, ia itu 126 kes hari ini.
Kuman SARS-CoV-2, merupakan suatu kuman yang amat bijak. Ia tidak menyebabkan kadar kematian yang terlalu tinggi (1%). Jadi ia boleh membiak dan terus merebak. Mutasi Delta dari India (B1617) boleh menjangkiti dengan lebih pantas.
14% contact rapat Mutasi Delta boleh dijangkiti berbanding dengan 8% untuk Mutasi Alpha dari UK (B117)
Kuman SARS-CoV-1 pada tahun 2003 menyebabkan kadar kematian yang tinggi,10%,maka ia pun hapus dengan menyebabkan hanya 800 kes sahaja. Begitu juga dengan MERS-CoV pada tahun 2013, dengan kadar kemtaian 33%.
3. Adakah betul pendapat yg mengatakan COVID-19 ini sama macam selsema biasa atau common cold?
Selsema biasa disebabkan oleh rhinovirus. Ianya selalu baik dalam masa 2-4 hari dan tidak menyebabkan komplikasi besar maupun kematian.
Bukan penyakit yang ingin dibandingkan ialah penyakit Influenza.
Setiap tahun 10% warga dunia kena Influenza, ia itu 500 juta orang.
Dan menyebakan seramai 300-500 ribu kematian setiap tahun.
Peristiwa yang paling teruk ialah pandemic Influenza pada tahun 1918. 1 dari 5 warga dunia telah dijangkiti virus influenza yang menyebablkan 50 juta kematian (tiada vaksin).
4. Dalam bahasa paling mudah apa sebenarnya Herd Immunity ini ? Berapa peratus rakyat perlu divaksin untuk mendapat tahap Herd Immunity? Apa kepentingan Herd Immunity ni?
Nombor Reproduksi (Ro) SARS-CoV-2 ialah 2 hingga 3. Maknanya 1 orang boleh menjangkiti dari 2 hingga 3 orang.
Tetapi SARS-CoV-2 juga adalah kuman yang menunjukkan ciri2 super spreader. Kes COVID-19 yang ke-26 diMalaysia, adalah suatu contoh, dimana ia telah menjangkiti lebih dari 140 orang.
Untuk mengatasi kebolehan kuman ini merebak dengan pantas dan meluas, kita mesti menyuntik 70% rakyat Malaysia. Dengan demikian, kita boleh melindungi 30% penduduk Malaysia yang tidak boleh disuntik oleh sebab2 tertentu, seperti:
-kanak2 dan remaja dibawah umur 18 thn
-alah kepada vaksin
-tak mahu vaksin
Kita yang mengambil vaksin ini adalah macam super-hero yg melindungi kanak2, remaja, dan orang2 yang anti-vaksin
5. Ada 3 jenis vaksin yang digunakan di Malaysia, apakah perbezaan di antara mereka? Apa contoh kesan sampingan dan vaksin mana paling bagus dan tidak menyebabkan kematian ? Kenapa tidak boleh pilih?
Vaksin Pfizer-BioNTech adalah teknoloji warga Turki diGerman dan ia telah berkongsi dengan syarikat gergasi Pfizer. Orang Islam Turki memang bijak. Pada kurun ke-18, tabib diTurki telah membuat vaksin cacar (smallpox). Ide ini telah dibawa pulang keUnited Kingdom oleh isteri duta British ke-Turki dan telah mengilhamkan Jenner untuk mereka vaksin cara pada tahun 1796. Ia mengguna teknoloji terkini mRNA. Ianya (dan satu lagi vaksin mRNA, Moderna) telah melalui kajian klinikal dan real world experience yanng paling banyak didunia. Seperti dua vaksin yang lain, ianya100% berkesan melindungi masuk kehospital dan mati disebabkan COVID-19. Hanya terdapat satu kesan samping yang besar iaitu anaphylaxis yang boleh berlaku 4 bagi satu juta dos. Itu sebab setiap orang yang disuntik vaksin mRNA mesti dipantau ½ jam selepas suntikan
Vaksin AstraZeneca mengguna teknologi adenovirus dari UK & Sweden. Seperti vaksin Pfizer dan Sinovac, ia berkesan 100% melindungi dari masuk kehospital dan mati. Hanya terdapat satu kesan sampingan yang besar iaitu darah beku yang berlaku 5 dalam 1 juta dos vaksin ini.
Vaksin Sinovac mengguna teknologi yang konvensional (inactivated virus) dari China. Kuman dinyahkan tetapi ia masih boleh rangsang pengeluaran antibodi. Ia juga berkesan melindungi dari COVID-19 yang teruk yang boleh menyebabkan masuk hospital ataupun mati. Ia tiada kesan sampingan yang besar.
6. Vaksin dan konspirasi teori? Agenda Yahudi? Ada chips di dalam vaksin? Bekas Ketua Saintis Pfizer Mike Yeadon mengatakan suntikan vaksin COVID-19 adalah suntikan maut- viral perkara ini. Kenapa persoalan2 ini timbul?
Saya agak sedih dan keciwa kerana ramai dikalangan mereka yang membuat tuduhan vaksin ini agenda Yahudi adalah daripada golongan asatizah. Dan ini telah banyak membuat pengikut2 mereka menolak vaksin. Terutamanya diKelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah.
Allah telah berfirman didalam Surah Al Anbiya:7
Bertanya lah kepada ahli zikr jika kamu tidak tahu
Orang yang menuduh vaksin ini agenda Yahudi tidak membaca buku sains maupun jurnal perubatan. Pada bulan Januari 2021, Israel merupakan negara yang paling teruk kes COVID-19 bagi setiap juta penduduk. Ia telah melalui 3 kali lockdown. Kini Israel telah suntik 70% daripada penduduknya dengan vaksin. Ia adalah negara yang pertama didunia mencapai imun kelompok. Dan kes COVID-19 diIsrael telah menjunam 96%. Daripada 8,600 sehari dibulan Januari 2021, kini hanya 30 kes sehari.
Mike Yeadon merupakan seorang yang anti-vaksin, percaya kepada teori kospirasi dan banyak menularkan berita palsu. Dia telah banyak disekat didalam medial sosial termasuk FaceBook.
Anda mesti periksa terlebih dahulu sebelum anda forwardkan Whatsapp dan berita2 dari media sosial. Ini adalah tuntutan agama kita seprti termaktub didalam Surah Al-Hujurat:6:
Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti …
7. Kalau sudah ambil vaksin apakah kita 100% Selamat dari Jangkitan COVID-19 ? Dan tidak perlu patuh SOP seperti memakai mask dan menjaga penjarakan social? Ada lagi cara lain ke untuk mengelak keluarga terkena jangkitan? Pada 27 May 2021, dilaporkan seorang wanita yang sudah lengkap 2 dos Vaksin (bulan March) menjadi mencetus cluster Baru di Tawau, bergejala 13Mei ?
Semua vaksin melindungi daripada mati kerana COVID-19
Semua vaksin melindungi dari COVID-19 yg teruk (kategori 3,4,5)
Anda di pelihara daripada masuk hospital ataupun ICU.
Bentuk keberkesanan vaksin berbeda antara 3 vaksin itu. Ini untuk covid yang tidak teruk (kategori 1 dan 2)
Tetapi tidak mati sebab COVID-19 ataupu masuk ICU sebab COVID-19 adalah cukup hujjah untuk kita mengambil vaksin yang sedia ada diMalaysia.
Jangan asyiki bergaduh vaksin manay ang jadi pilaihan, vaksin mana yang lebih berkesan
Ambil saja vaksin yg ditawarkan oleh kerajaan.
Nabi (SAW) yang dijanjikan perlindungan oleh Allah (SWT), memasuki perang dengan memakai baju besi, perisai besi dan pedang.
Allah (SWT) berfirman didalam Surah AlAnfal:60:
Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki
8. Siapa golongan yang perlu mengambil vaksin dan siapa yang tidak disyorkan? Contohnya yang ada kencing manis, darah tinggi, polycythaemia rubra vera , mitral valve prolapse on beta blockers , psoariatic arthritis on MTX6? Bolehkah individu immunocompromised atau pesakit cancer yang sedang dirawat memgambil vaksin ? Kenapa kanak2 tidak bolhe ambil vaksin ? Kalau ada penyakit GERD/Gastritis/Gastrik bole ambil vaksin? Kalau allergic to NSAIDs or Paracetamol boleh ambil vaksin?
Golongan Pertama yang wajib diberi vaksin ialah mereka yang emelihara perkhidmatan kesihatan, ia itu pekerja sesihatan, doktor, jururawat, pegawai farmasi, pembawa ambulans dll
Kemudian mereka yang memelihara keamanan negara dan mengendali servis kritikal seperti polis, askar, bomba dll
Ini diikuti oleh golongan yang berisiko tinggi, termasuk yang berumur ebih 60 tahun yang risiko masuk hospital ialah 400X ganda berbanding yang berumur 20 tahun dan 600X ganda mati dengan penyakit COVID-19.
Mereka yang menghidapi penyakit2 yang anda senaraikan juga berisiko tinggi dan mesti diberi keutamaan untuk vaksin. Contohnya ialah, jika anda menghidapai kencing manis risiko anda mati kerana COVID-19 adalah 7.3% iaitu 7.3X ganda berbanding yang tiada penyakit. Gastrik, alah NSAID dan Paracetamol juga selamat mengambil vaksin.
Kanak2 dibawah 18 tahun dikecualikan daripada vaskin kerana tiada kajian klinikal dikalangan mereka. Pembuat vaksin mRNA, Pfizer dan Moderna, baru habis menguji vaksin dikalangan mereka yang berumur 12-17 tahun. Vaksin mRNA didapati berkesan dan selamat.
9. Bolehkah kita mengambil vitamin tambahan atau makanan sunnah seperti Madu, HABBATUSSAUDA sebagai ganti mengambil vaksin? Terbaru ini kecoh pasal sumac , air kelapa dan air cengkih ?
Anda boleh makan madu habbatussauda, sumac, minum air kelapa dan air cengkih. Ia semua makanan dan minuman sihat TETAPI ia tidak terbukti berkesan untuk mencegah daripada kena COVID-19, masuk hospital dan mati kerana COVID-19.
Kajian klinikal yang meliputi lebih ¼ juta sukarelawan menunjukkan bahawa semua vaksin yg dibenarkan oleh WHO mencegah daripada COVID-19 yang teruk.
Pengalaman sedunia yg meliputi lebih ipada billion dos vaksin telah menyelamat nyawa manusia dan menurunkan kadar kemasukan kehospital dan memelihara perkhidmatan hospital
Maka anda bukan tikus yang masih diguna untuk exsperimen.
Cabaran sekarang ialah untuk memberi vaksin kepada seramai rakyat Malaysia untuk membendung penularan COVID-19, menyelamatkan nyawa dan memelihara kapasiti perkhidmatan hospital dan unit rawatan intensif.
10. Apakah sebenarnya hukum mengambil vaksin COVID-19 dalam keadaan pandemic ini? Dharuriyyah atau Hajjiyyah?
Tunjang kedua didalam Maqasid Shariah – objektif shariah ialah – hifzul nafs – memelihara nyawa seperti termaktub didalam friman Allah (SWT) didalam Surah Al Maidah:32
Barangsiapa menyelamat seorang manusia, maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia
Nabi SAW meletakkan suatu piawaian, gold standard yang agong didalam urusan manusia, ia itu, pencegahan lebih afdhal daripada pengubatan.
Dan kita juga merujuk kepada suatu usul fiqh yang masyur, Saduzz Zaraie’
yang bermaksud, menutup pintu2 kerosakan.
Dan Sahibus Samahah Menteri Agama telah pun mengeluarkan fatwa: Hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.
11. Ada orang mengatakan COVID-19 Vaksin tidak halal. Betul kah? Contohnya ada trypsin dari pancreas babi pada Oxford Astra Zeneca vaksin ?
Adakah dalil2 yang boleh membantu masyarakat untuk tidak meragui vaksin
Yang dituduh mengandungi unsur khinzir ialah vaksin Sinovac dari negara China. Ada seorang doktor yang juga anggap dirinya ustaz diKedah yang telah mengapi2kan berita palsu ini.
Jelas dia ini kurang membaca dan kurang membuat kajian. Seharusnya dia tawadhu dan rujuk kepada ahli sains yg pakar.
Fas alu ah lil zikr
Pembuat vaksin Sinovac membiak kuman coronavirus didalam sel ginjal monyet bukan khinzir seperti yg didakwa. Dan kalau anda membaca package insert atau label produk vaksin Sinovac anda akan dapati bahwa ia hanya mengadungi bahan kimia seperti aluminium hydroxide, garam sodium chloride dll dan tiada langsung bahan berunsurkan khinzir. Pembuat Sinovac telah pun maklumkan kepada Biofarma, pembuat vaksin terbesar di Indonesia bahawa Sinovac tidak mengandungi ramuan daripada unsur khinzir. Majlis Ulama Indonesia telah pun mengeluarkan fatwa bahaw vaksin Sinovac bukan hanya halal tetapi suci dari bahan2 berasaskan khinzir. Doktor dan ustaz yang menyebar berita palsu sepatutnya didakwa dan dihukum dengan sewajarnya.
12. Sekarang ni heboh pasal VOC: Variant of Concerns dan vaksin tidak semuanya boleh melawan VOC ini. Jadi akan mengurangkan keyakinan masyarakat pada vaksin COVID-19 yang sedia ada ? Macammana kita perlu menjawab issue ini? Ada bukti dari UK 2 dos vaksin adalah berkesan melawan VOC. Ada langkah tambahan yang perlu diambil mengawal VOC ini?
Sudah tentu mutasi virus COVID-19 ini menimbulkan maslah. Surveilans genomic sequencing telah pun mengenal pasti 66 variant Afirka Selatan, 8 variant UK dan 3 variant India. Setakat ini semua vaksin yang disahkan oleh Badan Kesihaatn Dunia (WHO) berjaya mengatasi variant ini dan berkesan membunuh nya. Amat penting kita menjaga sempadan kita dengan teliti supaya tidak membenarkan variant ini dibawa masuk ke dalam negara kita. Respons FTTIS yang pantas penting untuk mengesan variant ini didalam komuniti dan mengasingkan mereka secepat mungkin. Program vaksin yang meluas dan laju penting untuk meningkatakan daya tahan dan melindungi daripada variant ini.
13. Respon masyarakat terhadap vaksin di Malaysia agak rendah? Betulkah? Bolehkah rakyat membeli vaksin terus dari pengeluar ? Klinik swasta ada menyediakan perkhidmatan memberi vaksin?
Hanya 67% orang dewasa diMalaysia yang rela untuk menerima vaksin.
17% masih was was dan16% menolak vaksin
Saya telah mengajukan supaya setiap ahli parlimen dan ADUN mendaftar ahli kawasan sebagaiman mereka mendaftar pengundi semsa Pilihan Raya Negeri (PRN). Dan membawa mereka ke pusat vaksinasi sebagaimana mereka memandu pengundi2 ke pusat undi. Setiap Ahli Parlimen telah diberi 20 ribu ringgit oleh MOSTI untuk mendaftar ahli2 kawasan mereka.
NPRA harus mendaftar lebih lagi vaskin daripada 3 sahaja kini. Ini termasuk vaksin Moderna, J&J, Novavax, CanSinoBio, Sinopharm yang telah pun diluluskan oleh WHO.
Dan kerajaan pusat mesti membenarkan negeri2, APHM, hospital swasta dan GP untuk membeli dan melakukan suntikan. India melalui sistem kesihatan awamnya telah menyuntik 300 ribu dos sehari. Dengan melibatakan perkhidmatan kesihatan swasta, ia berjaya menyuntik 2 juta dos sehari
Kerjasama yang erat antara sektor kesihatan awam dan swasta penting untuk mempastikan kejayan program imunisasi COVID-19 kebangsaan (PICK).
14. Adakah bahan seperti chlorox sesuai sebagai sanitizer di rumah ? Kalau guna listerine untuk berkumur2 adakah akan terlindung dari jangkitan covid?
Kita harus faham bahwa kajian menunjukkan COVID-19 merebak melalui udara. Kita mesti kurangkan obsess dengan disinfectant dan sanitization dan lebih menumpukan perhatian kepada urusan memperbaiki ventilasi. Pastikan peredaran udara yang bersih dan baik dibangunan, ofis, bilik darjah. Lebihkan aktiviti diluar darjah umpamanya – transmisi virus 18X lebih tinggi didalam keadaan yang tertutup berbanding dengan aktivit diluar. Pada bulan March saya telah menulis kpd menteri kanan dan menteri wilayah supaya tidak menutup taman2 kita.
15. Dari segi teori adakah Malaysia akan boleh mengawal pandemik ini sekiranya ramai rakyat mendapat vaksin ? Macam di UK sudah makin bagus keadaannya sudah lebih 62 juta dos vaksin diberikan, lebih 70% mendapat satu dos, lebih 30% sudah mendapat 2 dos dan business serta rakyat kembali menjalani hidup hampir2 normal? Selain vaksin adakah cara lain membendung pandemic ?
KKM dan JKJAV mesti melakukan 3 perkara yg asas untuk keluarkan negara kita dari pandemik ini.
- Menunjukkan kepimpinan kesihatan yang tegas, cekap, amanah dan berasaskan ilmu sains terkini
- menjayakan asas2 pengurusan pandemik yang bijak ia itu respon FTTIS yang pantas dengan mengguna kaedah Testing RTK-Ag (seperti dilakukan diSabah pada bulan Oktober 202 dan bukan PCR yang lembab) dan kesan kontak dengan kaedah digital bukan manual (talipon)
iii. mempastikan PICK berajalan laju dan lancer untuk memperolehi imun kelompok
Dan rakyat mesti mainkan peranan untuk membendung pandemik ini dengan:
16. Ramai sangat anti-vaksin di Malaysia dan penularan berita2 palsu pasal vaksin . Apakah kaedah terbaik untuk kita berdepan dengan perkara ini ? Macamana nak menjawab berita kematian yang dikatakan disebabkan vaksin2 tertentu?
Praktikkan 3 peraturan yang telah pun dianjurkan oleh Nabi (SAW)
- Jika kita tidak tahu sesuatu mengenai COVID-19 ataupun vaksin sila bertanya dengan mereka yang berilmu
- Apabila berbincang pasal pandemik ini kita mesti berpegang teguh dengan fakta dan dalil. Bukan andaian, teori konspirasi maupun rantaian mesej Whatsapp yang tidak berasaskan ilmu.
- Dan jika dihujani dengan mesej dari media social, pastikan anda mengsahkan berita itu sebelum forwardkan kepada keluarga dan sahabat2 anda.
Dr Musa Mohd Nordin
2 Jun 2021