Penceramah didalam youtube ini membuat beberapa dakwaan yang amat serius terhadap vaksin Sinovac yang telah pun diluluskan oleh NPRA sebagai ubat terkawal dibawah “conditional registration”.

Banyak perkara yang diutarakan oleh sipenceramah ini yang tidak berasakan fakta dan dalil yang nyata.

Saya ingin mengintakan beliau tentang firman Allah didalam surah Yusuf: ayat 108:

Katakanlah (wahai Muhammad): “inilah jalanku; aku dan dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata; Maha Suci Allah dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

 

Tetapi saya hanya ingin mencabar satu saja dakwaan pemceramah yang palsu lagi merbahaya. Ia boleh disimpulkan dengan tohmahan beliau bahawa vaksin Sinovac mengandungi unsur khinzir.

Ini satu perkara yang harus ditangani dengan pantas dan tegas oleh pihak Majlis Keselamatan Negara, Jawatan Kuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) dan Menteri Ugama supaya kenyataan yang tidak bertanggung jawab ini dicantas dengan segera dan tidak dibenarkan menular dialam maya dan merencat keyakinan rakyat terhadap vaksin.

Pembuat vaksin Sonovac membiakkan kuman coronavirus ini didalam sel ginjal monyet (bukan khinzir seperti yang didakwa oleh penceramah).

Coronavirus ini kemudian dinyah dengan bahan kimia yang bernama beta-propiolactone.

Maka coronavirus ini menjadi tidak aktif dan tidak boleh lagi membiak.

Tetapi spike protein (antigen SAR-CoV-2) tetap utuh dan bakal merangsang sitem imun kita mengeluarkan antibodi yang melindungi kita daripada COVID-19 [1].

Saya telah pun mengkaji Package Insert Sinovac dan mendapati bahan kimia berikut [2]:

Setiap dos (0.5 ml) mengandungi 600 SU (unit) antigen SARS-CoV-2 (coronavirus) yang tidak aktif (inactivated).

Aluminium hydroxide

Disodium hydrogen phosphate

Monosodium dihydrogen phosphate

Sodium chloride

Sodium hydroxide

Air untuk suntikan

Tiada bahan pengawet

 

Dimana bahan daripada khinzir yang didakwa oleh penceramah?

Pembuat Sinovac telah pun menyakinkan Bio Farma, pembuat vaksin diIndonesia bahawa, Sinovac tidak mengandungi ramuan daripada unsur khinzir. [3]

Majlis Ugama Indoenisa telah pun mengeluarkan fatwa bahwa vaksin Sinovac adalah halal dan suci, dan ini telah menambahkan keyakinan rakyat Indonesia terhadap pengunaan vaksin buatan China ini.

 

RUJUKAN:

  1. https://www.nytimes.com/interactive/2020/health/sinovac-covid-19-vaccine.html
  2. https://quest3plus.bpfk.gov.my/front-end/attachment/5140/pharma/537719/V_52330_20210318_112257_D3.pdf
  3. https://asia.nikkei.com/Spotlight/Coronavirus/Indonesia-s-Islamic-body-deems-Sinovac-vaccine-holy-and-halal

 

Dr Musa Mohd Nordin

17hb April 2021

Related Posts