Saya telah membaca kedua keratan akhbar ini. Akhbar pertama, theedgemarkets, bertarikh 25 Jan 2021, melapurkan bahawa KKM optimis angka COVID-19 akan stabil dalam 2 minggu dan akan menurun kepada 2 angka pada bulan Mei. (1)
Manakala akhbar sinarharian, 11 Februari 2021, memetik sumber yang sama dari KKM yang agak pesimis dan menyatakan bahawa unjuran Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME), Amerika Syarikat mengunjurkan kes harian baharu akan mencecah 20,000 jangkitan. (2)
Mesej yang bercelaru seperti ini akan membuat rakyat jelata keliru dengan pandangan dan tata kerja KKM.
Ianya tidak memberi suatu gambaran yang konsisten dan jelas mengenai keadaan COVID-19 dinegara kita. Bahkan berita terakhir yang dilapurkan sinarharian hanya akan membuat rakyat panik dan tidak tentu arah.
Tambah pula dengan tingkah laku menteri kesihatan yang memendikkan jangka masa kuarantin menteri kabinet daripada 10 kepada 3 hari yang tidak berasaskan sains dan hujjah yang jitu. KKM sepatutnya bertindak tegas dan tidak membenarkan perbuatan yang tidak rasional ini.
Kalau KKM dan Menteri tidak berpegang teguh kepada SOP yang telah ditetapkan bagaimana ia boleh berkhubtah kepada rakyat untuk mematuhi SOP? Kata perpatah orang Putih, mereka mest “walk the talk” ia itu menunjukkan contoh tauladan yang baik.
Diantara ciri utama untuk mengatasi wabak ini adalah kepimpinan yang bertanggung jawab danberintegriti seperti tersirat didalam ayat al-Quran: “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”. [Al-Qasas 28:26]
Anak perempuan Nabi Shuaib (SAW), telah meletakkan 2 syarat kepimpinan yang terserlah didalam syaksiah Nabi Musa (SAW) ia itu quwwah (kuat) dan amanah.
Amanah ini merupakan ciri utama yang telah dipersetujui oleh CEO terkemuka syarikat tersenarai di Fortune 500. Dalam konteks agama Islam ia merupakan ikatan kita dengan Allah (SWT); ia itu Habluminallah yang berpaksi kepada Iman, Islam dan Ihsan.
Dan Quwwah pula bermaksud perhubungan kita dengan manusia, ia itu habluminannas yang bersandarkan kepada rasa tanggung jawab, berlaku adil, akauntabiliti dan integriti.
Kebanyakan jika tidak semua ciri quwwah wal amanah ni mesti dihayati dan dipamerkan oleh kepimpinan politik dan agamawan pemerintah negara, serta KKM dan menterinya sebelum mereka boleh menyeru kepada rakya jelata untuk mematuhi SOP.
Ini juga berasaskan kepada ayat al-Quran yang berbunyi: “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [As-Saff 61:2-3]
Disamping itu terdapat juga SOP KKM didalam menangani wabak COVID- 19 yang tidak berpandukan kepada ciriciri epidemiologi dan kesihatan awam yang terkini. Maka tidak hairan jika kes2 tidak menurun dengan baik walaupun PKP bersyarat (CMCO) telah dimulakan semenjak 14 Oktober 2021 dan diperketatkan pula dengan PKP dan Darurat. (3)
Disini saya senaraikan hanya beberapa contoh SOP KKM yang lapuk, tidak kontemporari, yang kurang tepat dan tidak bijaksana.
Pertama, kapasiti hospital COVID telah melimpah ruah kerana KKM enggan untuk meletakkan kes Tahap 1 dan 2 dibawah pengawasan dirumah semenjak bulan Oktober 2020.
Kedua, KKM enggan untuk merujuk kes bukan COVID kepada hospital swasta. Malah, ia mewajibkan mereka mengambil kes COVID dan mengugut denda 5 juta jika tidak berbuat demikian dengan undang darurat. (4)
Ketiga, Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berpendapat lebih baik jika dikekalkan konsep “Designated Hospital COVID” kerana ia telah menunjukkan natijah yang baik dari segi Kadar Kematian Kes (Case Fatality Rate) dan risiko kematain COVID Malaysia rendah:
Keempat, Hospital hybrid yang menjaga kes COVID dan bukan COVID bukan suatu pilihan yang baik keran ia akan mengkrompomi aspek kualiti perkhidmatan kesihatan dan keselamatan kaki-tangan, pesakit dan pelawat hospital (safety). (5)
Kelima, KKM masih mengguna kaedah PCR didalam ujian surveilan COVID. Sepatunya mereka mengguna kaedah RTK-Ag yang memberi keputusan didalam masa1 jam yang boleh mempercepatakn tindakan Isolasi dan Jejak Kenalan (Contact Tracing).
Keenam, KKM telah gagal untuk melakukan Jejak Kenalan yang berkesan yang telah mengakibatkan mereka menularkan wabak ini. Selagi pembawa koronavirus ini tdak dijejak dengan cepat, wabak ini tidak boleh dibendung dengan berkesan.
Ketujuh, KKM mesti mengguna kaedah app digital seperti yang dilakukan oleh SELangkah dinegeri Selangor. Dengan mengguna kaedah sains data, Atificial Intelligence dan Machine Learning, matlumat nya lebih tepat dan cepat dan tenaga buruh boleh diagihkan keapda kerja lain yang lebih kritikal.
Jika KKM sendiri tidak menjiwai SOP yang terbaik dan terkini didalam operasi nya, dan menteri kerajan dan agamawan pemerintah “tidak cakap serupa bikin” sudah pasti ia tidak akan mendapat memberi inspirasi kepada rakyat jelata untuk mengikut SOP.
Jika kesilapan operasi dan SOP yang asas ini boleh diperbetulkan dan kepimpinan politik dan agama parti pemerintah menunjukkan teladan yang baik, sudah pasti kita boleh bersama berjuang untuk menangani dan membasmikan wabak ini dengan lebih baik dan sempurna.
Rujukan:
- https://www.theedgemarkets.com/article/health-dg-expresses-hopecovid19- infections-stabilise-two-weeks-target-see-doubledigit-daily
- https://www.sinarharian.com.my/article/123429/KHAS/Covid-19/Covid- 19-di-Malaysia-diramal-teruk-20000-kes-harian-pada-Mac
- https://www.channelnewsasia.com/news/asia/covid-19-malaysia-cmcokuala- lumpur-selangor-putrajaya-13263154
- https://www.nst.com.my/news/nation/2021/01/657777/mma-lashesout- use-emergency-ordinance-private-healthcare-sector
- https://www.malaymail.com/news/what-you-think/2021/01/17/thelitmus- test-of-public-private-partnership-in-pandemic-management-drmus/ 1941271
- https://www.malaysiakini.com/news/559657